Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out

Kamis, 06 Oktober 2011

Cara Menghalang Kerisauan Dari Mengawal Kehidupan Anda

Kamis, 06 Oktober 2011

Ada orang yang kelihatan dilahirkan sebagai perisau. Sebenarnya, risau tidak dapat membantu dalam keadaan apa pun. Sesetengah orang berpendapat bahawa jika anda tidak risau mengenai sesuatu, maka anda bukan seorang yang peduli. Ini tidak benar. Anda lebih peduli jika anda secara aktif membantu keadaan – atau jika anda tidak dapat membantu keadaan, lebih baik menumpukan perhatian anda pada sesuatu yang positif.
Sayangnya ramai orang menghabiskan masa berharga dengan merasa risaukan tentang perkara yang mereka tidak mempunyai kawalan ke atasnya. Adalah lebih membina jika anda tumpukan perhatian anda melakukan sesuatu yang akan membuat anda gembira. Apabila anda merasa gembira anda akan membuat orang disekeliling anda gembira. Menunjukkan kemurungan dan putus asa hanya akan membuat orang lain turut bersedih.
Apabila anda membuat komitmen untuk merasa gembira tidak kira apa keadaan, anda membantu meningkatkan motivasi setiap orang yang anda temui. Benarkan mereka yang merasa cukup bermotivasi untuk melakukan sesuatu untuk turut membantu. Jika anda merasa kurang bermotivasi, jangan fokuskan pada keadaan yang membuat anda risau.
Jika anda tidak boleh elak dari merasa risau, peruntukkan waktu khasnya untuknya. Setiap kali anda merasa risau tentang sesuatu, tuliskan ia di buku nota dan lupakan. Setiap minggu peruntukkan 30 minit untuk melayan perasaan risau anda. Keluarkan buku nota anda dan layanlah perasaan risau mengenai semua perkara yang telah anda catat dalam seminggu.
Akhirnya anda akan dapati catatan mengenai perkara yang merisaukan anda akan berkurangan minggu demi minggu. Anda akan dapati anda mulai menjalani hidup baru di mana anda menikmati kehidupan dan tidak lagi merasa risau.



Silahkan bagi anda yang mempunyai tips yang lain bisa menambahkannya di kolom komentar,,,,,,,

Artikel Yang Berhubungan :

0 komentar:

Posting Komentar